Hilang Kelayakan Pengarah

kamal-alrahman

1.0 TINJAUAN

Dalam bahasa biasa, hilang kelayakan pengarah bermaksud pengarah itu sudah tidak layak memegang jawatan pengarah syarikat, dan perlu dikeluarkan daripada jawatan pengarah.

Ahli lembaga pengarah boleh hilang kelayakan pengarah atas sebab-sebab  disabitkan melakukaan kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 199 Akta Syarikat, 2016.

hilang-kelayakan-pengarah

Ilustrasi 1.0: Sebab-sebab Hilang Kelayakan pengarah

2.0 PENYEBAB HILANG KELAYAKAN PENGARAH

Seseorang itu tidak layak dilantik sebagai pengarah suatu syarikat, sama ada dia secara langsung atau tidak langsung mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat jika orang itu disabitkan melakukan kesalahan-kesalahan berikut:[1]

2.1  Hilang Kelayakan Secara Automatik 

♦ Bankrap yang belum dilepaskan;[2]

2.2 Sabitan atas Kesalahan Penajaan, Penubuhan atau Pengurusan Perbadanan

♦  Melakukan kesalahan berkaitan dengan penajaan, penubuhan atau pengurusan suatu perbadanan;

2.3 Sabitan atas Kesalahan Jenayah 

♦  Melakukan kesalahan melibatkan rasuah, menipu dan pecah amanah;

2.4 Sabitan atas Kesalahan-kesalahan Lain

Pengarah syarikat hendaklah pada setiap masa menjalankan kuasanya mengikut Akta bagi tujuan yang wajar dan dengan suci hati untuk kepentingan syarikat.[3]

(a) Pengarah syarikat hendaklah teliti, mahir dan menggunakan usaha yang munasabah dalam melaksanakan:[4]

♦  pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya boleh diharapkan daripada seorang pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan

♦ apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan yang pada hakikatnya ada pada seorang pengarah.

(b) Kewajipan pengarah nomini – s. 217

(c) Penggunaan tidak wajar harta atau jawatan – s. 218

(d) Transaksi syarikat dengan pihak lain – s. 228

(e) Akaun tidak disimpan sewajarnya – s. 539

♦ Kesalahan gagal untuk menyimpan akaun yang sempurna dan buku-buku syarikat; atau

(f) Telah didiskualifikasi oleh Mahkamah di bawah Seksyen 199.

Hilang kelayakan pengarah yang dinyatakan di atas terpakai sama ada dalam Malaysia ataupun di luar negara.[5] Hal ini bermaksud, jika seseorang itu telah disabitkan dengan mana-masa satu kesalahan di luar negara, orang itu tidak layak dilantik sebagai pengarah syarikat di Malaysia.

2.5 Sebab-sebab lain hilang kelayakan pengarah termasuklah:

(a) Hilang kelayakan oleh Perlembagaan disebabkan; misalnya, gagal hadir enam kali mesyuarat Lembaga pengarah;

(b) Dihalang menjadi seorang pengarah syarikat awam disebabkan oleh perintah mahkamah;[6] dan

(c) Seorang juruaudit syarikat.

Seseorang yang hilang kelayakan pengarah disebabkan bankrap belum dilepaskan oleh Mahkamah, boleh dilantik semula ke jawatan pengarah jika orang itu mendapat pelepasan daripada:[7]

(a) Pegawai Penerima; atau

(b) Mahkamah, dengan syarat notis niat untuk permohonan pelepasan telah dihantar kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

Pengarah yang hilang kelayakan di bawah seksyen 198 (1)(b)-(e) boleh dilantik semula kejawatan pengarah jika mendapat pelepasan daripada Mahkamah.

Seseorang yang berhasrat untuk memohon pelepasan mahkamah di bawah perenggan 3(b) atau subseksyen 4, hendaklah:

(a) Memberi notis kepada Pendaftar tidak kurang daripada empat belas hari mengenai niatnya; dan

(b) Menjadikan Pendaftar sebagai pihak dalam prosiding di bawah subseksyen (3).

Bagi maksud subseksyen 5, setiap orang yang disebut dalam subseksyen (1)(b), (c), (d) atau (e) tidak perlu mendapatkan kebenaran mahkamah untuk dilantik semula sebagai pengarah setelah:

(a) Tamat lima tahun yang dikira daripada tarikh dia disabitkan kesalahan; atau

(b) Jika dia dihukum penjara, daripada tarikh pembebasannya dari penjara.

3.0 HILANG KELAYAKAN PENGARAH OLEH MAHKAMAH

Atas perintah Pendaftar, Mahkamah boleh bertindak membatalkan kelayakan pengarah atau penaja suatu syarikat, jika pengarah itu terlibat mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung:[1]

3.1.  Pengarah Syarikat Yang Tidak Solven

♦  Pengarah bagi dua syarikat atau lebih yang mana dalam tempoh lima tahun dahulu telah dibubarkan akibat daripada syarikat itu menjadi tidak solven; dan

3.2   Tindakan Ingkar Tugas-tugas Fidusiari

♦  Ingkar kewajipan fidusiari sebagai pengarah; atau

3.3   Tindakan Ingkar Tugas-tugas Statutori

♦ Disebabkan ingkar kewajipan statutori Akta ini.

Atas sebab kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen 199 Akta, seseorang pengarah atau penaja syarikat boleh dibatalkan kelayakan pengarah oleh Mahkamah.

3.4   Sebab-sebab lain seseorang itu boleh hilang kelayakannya untuk dilantik sebagai pengarah ialah:

♦  Yang gagal memperolehi kelayakan syernya;

♦  Orang itu dilarang menjadi pengarah syarikat awam dengan perintah mahkamah (sekyen 318(5) CMSA 2007); dan

♦  Syarikat.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai pengarah syarikat yang dilantik, mereka perlu bertindak dengan berhati-hati supaya tidak hilang kelayakan pengarah. Hilang kelayakan pengarah paling popular ialah bankrap yang tidak dilepaskan. Hilang kelayakan pengarah disebabkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas jarang berlaku.

————————————–

Nota Kaki:

[1] seksyen 199(1) AS 2016

[1] Seksyen 198 AS 2016

[2] Seksyen 198(1)(a) AS 2016

[3] Seksyen 213 (1) AS 2016

[4] Seksyen 213 (2) AS 2016

[5] S. 198(2) AS 2106

[6] s. 318(5) CMSA

[7] s. 198 AS 2016

 

Sila Hubungi Kami

Untuk Perkhidmatan Perakaunan, Percukaian, Kesetiausahaan Syarikat dan Latihan Keusahawanan
Posted on Leave a comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *