Pemilik Perniagaan Dan Pematuhan Udang-Undang

SEKAPUR SIREH

Milikan tunggal dan perkongsian konvensional merupakan pemilik perniagaan yang dimaksudkan dalam artikel ini. Mereka perlu mematuhi peraturan dan undang-undang dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

KEWAJIPAN PEMILIK PERNIAGAAN

Antaranya adalah seperti berikut:

1- Pemilik perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permulaan perniagaan dengan mengemukakan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A);

2. Memperbaharui pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran atau pembaharuan terdahulu dengan mengemukakan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1);

3. Hendaklah mendaftarkan perubahan butir-butir perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh berlakunya perubahan alamat utama, jenis perniagaan, alamat cawangan dan maklumat pemilik dengan mengemukakan Borang Pendafatran Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang B).

4 Memaklumkan  penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penamatan operasi perniagaan atau disebabkan kematian dalam amsa empat bulan daripada tarikh kematian dengan mengemukakan Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar (Borang C);

5. Pemilik perniagaan perlulah mempamerkan Sijil Pendaftaran Perniagaan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan uatama atau cawangan;

6. Meletakkan papan tanda yang mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendafatran perniagaan di luar premis perniagaan, dan jika terdapat lebih daripada satu tempat perniagaan, d luar setiap tempat perniagaan itu;

7. Mempamerkan nama perniagaan dan nombor sijil pendaftaran di kepala surat, invois, bil, atau lain-lain dokumen perniagaan;

8. Mendapatkan lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa berkaitan jenis perniagaan yang memerlukan kelulusan sebelum dijalankan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan dengan SSM.

KESAN TIDAK MENDAFTARKAN SEKUTUNIAGA

Terdapat situasi seseorang rakan kongsi yang telah mengeluarkan modal tetapi namanya tidak didaftarkan dengan sewajarnya di SSM sebagai rakan kongsi. Seorang sekutuniaga yang mendakwa bahawa namanya tidak direkodkan dalam daftar, hak sekutuniaga di bawah suatu kontrak berkaitan dengan perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan melalui:

(a) guaman; atau

(b) prosiding undang-undang lain, sama ada atas nama perniagaan tersebut, atau atas nama individu atau selainnya; dengan syarat:

(c) Mendapatkan relif daripada Mahkamah Tinggi.

Mahkamah boleh memberikan apa-apa relif berdasarkan keingkaran yang disebabkan oleh:

a. tidak sengaja;

b. kelalaian;

c. orang itu ditipu;

d. alasan-alasan lain yang mencukupi; atau

e. atas sebab-sebab yang adil dan saksama untuk diberikan relif, sama ada secara umum atau yang berhubung dengan suatu kontrak tertentu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah.

f. penguatkuasaan hak orang itu terhadap suatu kontrak.

DENDA KETAKPATUHAN UNDANG-UNDANG

Jika pemilik perniagaan ingkar dengan tidak mematuhi peruntukan undang-undang (1) – (8) di atas, mereka boleh dikenakan denda seperti berikut:

(a) Perlanggaran bagi perkara (1) dan (2) di atas – jika disabitkan dengan kesalahan pemilik perniagaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(b) Perlanggaran bagi perkara (3), (4), (6), (7) – jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(c) Perlanggaran bagi perkara (5) – jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan di bawah Akta atau mana-mana peraturan di bawah Akta ini boleh dikenakan kompaun oleh Pendaftar tidak melebihi lima puluh peratus daripada jumlah denda maksima.

Posted on Leave a comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *