1.0 PENGENALAN
a. Teknik mencipta nama syarikat yang mantap bukanlah sukar. Secara mudahnya, nama perniagaan hendaklah direka menggunakan perkataan yang ringkas, mudah dingat dan disebut.
b. Setiap usahawan hendaklah mencipta nama syarikat yang menarik, unik, ringkas dan mempunyai maksud. Elakkan daripada memberikan nama syarikat yang bermaksud tidak cantik, misalnya Telaga Buruk Sdn. Bhd., Batang Berjuntai Sdn. Bhd., dan lain-lain lagi.
2.0 TEKNIK MENCIPTA NAMA SYARIKAT YANG MANTAP
a. Berikut ini, dibincangkan teknik mencipta nama syarikat yang mantap. Ringkasnya, nama syarikat yang menarik boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti diilustrasikan dalam Rajah 1 di bawah.
Rajah 1: Mencipta Nama Syarikat Yang Mantap
2.1 Nama Sendiri
a. Jika orang itu namanya Johan bin Iskandar (seperti nama dalam kad pengenalan) beliau boleh mencadangkan nama syarikat; misalnya, Johan Iskandar Consulting Sdn. Bhd., tertakluk kepada kelulusan SSM.
b. Jika nama seseorang itu unik dan menarik, beliau boleh mencadangkannya sebagai nama syarikat.
c. Namun begitu, jika syarikat itu mempunyai rekod tidak baik atau bankrap, nama sendiri juga turut terpalit dan akan memberi impak negatif dalam kalangan komuniti perniagaan, pemegang taruh dan pengguna.
2.2 Nama Keluarga
a. Nama keluarga atau gabungan nama-nama anggota keluarga merupakan suatu teknik mencipta nama syarikat yang mantap, dan mempunyai nilai sentimental.
b. Misalnya; suami nama Razali, isteri nama Faridah – jika disingkatkan boleh dihasilkan seperti nama-nama berikut:
♠ RAFA Boutique
♠ ZALIFA Cafe
♠ FAZA Design House
2.3 Nama Tempat
a. Dalam teknik mencipta nama syarikat yang mantap, seseorang itu boleh menamakan tempat asalnya sebagai nama syarikat atau perniagaan.
b. Misalnya, jika orang itu dilahirkan di Kampung Teluk Perang, maka dia boleh menamakan syarikatnya seperti berikut:
♠ Restoran Teluk Perang
♠ Teluk Perang Laundry
♠ Teluk Perang Production
2.4 Perkataan Keramat atau Motivasi
a. Pelbagai kata-kata keramat, motivasi dan fengshui sangat menarik boleh dijadikan sebagai suatu teknik mencipta nama syarikat yang mantap.
b. Lazimnya, seseorang itu percaya bahawa nama syarikat yang dipilih dapat menaikkan semangat niaga atau membawa tuah kepadanya.
c. Contohnya seperti berikut;
♠ Mantap Agency
♠ Pusat Tuisyen Bestari
♠ Ibn Batuta Travel & Tours
♠ Kita Maju
2.5 Perkataan atau Huruf Gabungan
a. Menggabungkan beberapa perkataan boleh menghasilkan nama syarikat yang mantap dan menarik. Tambahan pula, perkataan yang dipilih membawa maksud unik dan tersendiri.
b. Contohnya seperti berikut:
♠ Mudajaya (muda + jaya)
♠ Satuhati (satu + hati)
♠ Herbalife (herba + life)
♠ KAR (kamal abdul rahman)
♠ F&N (fraser & neave)
2.6 Penggunaan Nama Umum
a. Nama umum tidak menggambarkan jenis perniagaan yang dijalankan. Akibatnya, sukar orang awam hendak mengenalpasti perniagaan syarikat itu. Misalnya;
♠ Gunung Tahan Sdn. Bhd.
♠ Hikmah Ehsan Sdn. Bhd.
♠ Blue Ocean Sdn. Bhd.
b. Nama umum sering digunakan bagi mereka yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dalam suatu masa dengan menggunakan satu syarikat yang sama.
c. Pemilik syarikat perlu memberitahu pembekal, prospek dan khalayak mengenai perniagaan yang dijalankan. Penggunaan nama umum kurang efektif disebabkan khalayak tidak tahu perniagaan syarikat itu.
2.7 Nama Khusus
a. Teknik mencipta nama syarikat boleh berdasarkan jenis-jenis perniagaan yang ingin dijalankan. Misalnya; butik dan pusat kecantikan, makanan laut, IT, oil and gas, percetakan, pengiklanan, kejuruteraan, pakaian Muslimah, kedai jahit pakaian dan lain-lain.
b. Kelebihan nama khusus ialah syarikat menggambarkan jenis perniagaan yang dijalankan tanpa perlu memberitahu khalayak atau prospek.
c. Contohnya;
♠ Restoran Masakan Timur
♠ Tayar Lim
♠ Nasi Lemak Mak Teh
♠ Habib Jewel
♠ Laundry
3.0 MEMBENTUK NAMA PERNIAGAAN
a. Jadual 2 di bawah menunjukkan komponen nama-nama syarikat yang membentuk nama perniagaan yang menarik.
Identiti | Jenis/ kategori perniagaan | Lain-lain |
RAFA | Busana | Pengantin |
MAK TEH | Nasi Lemak | – |
TELUK PERANG | Laundry | – |
LIM | Kedai Tayar | dan Servis |
EASTERN | Quarry | – |
MANIAM | Wealth | Advisory |
CHONG & FANDY | Dermatologist | – |
Jadual 2: Komponen Nama-nama Syarikat
b. Nama perniagaan terdiri daripada dua komponen, komponen identiti dan komponen bidang perniagaan. Usahawan boleh mengggunakan teknik mencipta nama perniagaan yang mantap dengan menyusun komponen identiti dan bidang perniagaan mengikut aturan Jadual 2 di atas.
4.0 KESIMPULAN
a. Untuk mendapatkan nama yang mantap dan menarik, ciptalah komponen identiti syarikat terlebih dahulu.
b. Komponen bidang/kategori perniagaan sangat mudah dihasilkan, memandangkan ia terdiri daripada jenis perniagaan yang anda hendak ceburi.
c. Kesimpulannya, teknik mencipta nama syarikat yang menarik tidaklah sukar. Jika anda menghadapi masalah untuk mencipta nama syarikat yang mantap dan perkhidmatan lain, bolehlah menghubungi kami melalui link di bawah:
[…] entiti undang-undang yang berasingan juga membolehkan syarikat memiliki harta dan harta tersebut bukanlah milik ahli-ahli. Tidak seperti perniagaan milik tunggal […]
makasih!