Setiausaha Syarikat Anda

PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN  SYARIKAT

Setiap syarikat diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat menurut Akta Syarikat 2016. Setiausaha syarikat anda hendaklah seorang yang berpengalaman, dan mahir selok belok undang-undang syarikat, kontrak dan undang-undang komersial lain.

Kami menawarkan kepada anda perkhidmatan kesetiausahaan syarikat seperti berikut:

(1) Penubuhan Syarikat dan Yayasan

(2) Penyelenggaraan, Mengemaskini dan Menyimpan Maklumat Syarikat

(3) Kemas kini MBRS Laporan Tahunan dan Kewangan Ke SSM

(4) Memotong Syarikat Dorman Daripada Senarai SSM

(5) Penasihatan Pengurusan Korporat

Di samping itu, setiausaha syarikat anda menawarkan perkhidmatan perakaunan, percukaian dan latihan keusahawanan bagi melengkapi keperluan pelanggan.

RASIONAL MENUBUHKAN SYARIKAT

Seseorang itu perlulah menimbangkan aspek rasionalnya memiliki syarikat sebelum menubuhkannya.

Hal ini disebabkan kos-kos pematuhan dan kompaun syarikat adalah tinggi, dan sedikit membebankan diperingkat permulaan bisnes. Selepas perniagaan berjalan lancar, perkara ini tidak menjadi masalah lagi.

Setiausaha syarikat anda menggariskan pertimbangan rasional menubuhkan syarikat seperti berikut:

(a) Menjalankan perniagaan hartanah

(b) Menjalankan perniagaan pengilangan

(c) Menjalankan perniagaan import-export

(d) Saiz perniagaan yang melibatkan pinjaman yang besar

(e) Melibatkan para pelabur dengan terbitan syer keutamaan

(f) Sifat liabiliti terhad dan personaliti undang-undang yang berasingan

(g) Memenuhi keperluan atau syarat anchor company (misalnya syarat-syarat daripada Petronas, TNB, Telekom, HRDF dan lain-lain)

(h) Perniagaan milikan tunggal ingin ditukarkan kepada syarikat

(i) Perniagaan untuk diwarisi

Jelasnya, jika anda mempunyai salah satu pertimbangan di atas, sudah wajarlah menubuhkan syarikat.

Namun begitu, jika anda mahu cuba-cuba dahulu, lebih baik tubuhkan milikan tunggal sahaja.

Setelah perniagaan berkembang maju pada masa hadapan, bolehlah berjumpa dengan setiausaha syarikat untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad.

Bila sudah maju, semua kos-kos pematuhan sudah menjadi perkara kecil sahaja.

BUTIR-BUTIR YANG DIPERLUKAN

Jika anda ingin menubuhkan syarikat, setiausaha syarikat anda memerlukan butir-butir berikut untuk proses carian nama dan penubuhan di SSM.

(a) 3 Cadangan nama syarikat

(b) 3 jenis bidang perniagaan

(c) Nama, No. KP dan alamat kediaman setiap pengarah

(d) No. telefon dan e-mail setiap pengarah

(e) Alamat premis perniagaan

(f) No. telefon dan e-mail perniagaan

KELAYAKAN PENGARAH SYARIKAT

Pengarah syarikat tidak memerlukan kelayakan akademik. Kelayakan untuk menjadi seorang pengarah syarikat menurut statut adalah seperti berikut:

(a) Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun;

(b) Tidak bankrap;

(c) Tidak hilang kelayakan di bawah seksyen 198 Akta Syarikat 2016; dan

(d) Mempunyai alamat tempat tinggal tetap di Malaysia.

Syarat-syarat lain ialah pengarah hendaklah tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan. Hal ini perlu dipatuhi bagi membolehkan pengarah membuka akaun semasa dengan pihak bank.

APAKAH MANFAAT YANG ANDA DAPAT?

Berikut merupakan manfaat yang anda perolehi daripada kami:

(a) Penyelenggaraan dan kemaskini akaun dan cukai syarikat anda setiap tahun

(b) Menyelenggara MBRS Penyata Tahunan setiap tahun

(c) Menjawab kueri daripada SSM dan LHDN

(d) Konsultansi percuma dalam aspek syarikat, percukaian dan business start-up

(e) Business coaching untuk usahawan

(f) Percuma buku “Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia”

(g) Percuma Ebook “Belajar Daripada Kegagalan – Resepi Untuk Berjaya”

(h) Fi Kesetiausahaan percuma bagi tempoh enam bulan pertama

(i) Kursus zoom percuma yang relevan dengan syarikat.

KESIMPULAN

Jika anda ingin menubuhkan syarikat, pastikan perniagaan yang anda ingin jalankan itu memerlukan syarikat sendirian berhad. Patuhi peruntukan undang-undang syarikat, khususnya kemaskini MBRS Annual Return dan Annual Report setiap tahun.

Disamping itu, syarikat hendaklah mematuhi peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Setiausaha syarikat anda akan mengingatkan lembaga pengarah mengenai semua aspek pematuhan undang-undang ini.

LATAR BELAKAR SETIAUSAHA SYARIKAT ANDA

company-secretary-kamal


KOMPLIMEN DARIPADA SETIAUSAHA SYARIKAT

harga-syarikat

Setiausaha syarikat anda akan memberikan komplimen berikut:

1. Buku “Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia,” dan

2. e-Book “Belajar Daripada Kegagalan Perniagaan: Resepi Untuk Berjaya”

sebagai menghargai anda memilih kami sebagai setiausaha syarikat. Kedua-dua buah buku dan e-book merupakan karya Tuan Haji Kamal Al-Rahman sendiri.


[rara_call_to_action title=”Penubuhan Syarikat” button_text=”WhatsApp Sekarang!” button_url=”https://api.whatsapp.com/send?phone=60132602878&text=saya%20nak%20tubuh%20syarikat” target=”_blank” button_align=”center”]Sila hubungi kami jika anda ingin menubuhkan syarikat sendirian berhad.

[/rara_call_to_action]

 

Posted on 1 Comment

1 thought on “Setiausaha Syarikat Anda

  1. Top ,.. top top … post! Keep the good work on !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *