Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia

PENGENALAN

Buku “Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia” merupakan suatu buku dalam  Bahasa Melayu pertama dilahirkan dalam pasaran. Idea untuk menghasilkan buku ini terbit daripada pertanyaan newbies melalui WhatsApp dan lain-lain di media sosial mengenai entiti perniagaan.

Tambahan pula, bahan bacaan dalam Bahasa Melayu yang merangkumi Milikan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan syarikat tiada di pasaran.

Pada tahun 2012, suatu entiti perniagaan baharu, iaitu PLT telah diperkenalkan oleh pihak berkuasa, dan tidak ramai khalayak yang tahu mengenainya. Sesungguhnya, kewujudan buku Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia dapat mengisi lompang besar ilmu yang belum diisi bagi memenuhi keperluan generasi muda masa kini.

Buku ini ditulis bagi memenuhi keperluan usahawan, pengusaha muda, golongan pelajar dan sesiapa sahaja yang dahagakan ilmu perniagaan.

Terdapat tiga jenis entiti perniagaan popular yang dibincangkan dalam buku ini; iaitu, Milikan Tunggal, Perkongsian dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Matlamat Pembelajaran

Matlamat pembelajaran buku Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia ialah:

  • Usahawan dan newbies dapat memahami tugas dan kewajipan pemilik dan pekongsi daripada aspek pematuhan undang-undang dan strategi.
  • Usahawan dan newbies mampu mengenalpasti sifat-sifat penting entiti perniagaan yang berbeza seperti liabiliti terhad, doktrin personaliti undang-undang berasingan, liabiliti tidak terhad, jangka hayat suatu entiti dan lain-lain.
  • Usahawan dan newbies lebih cakna mengenai kos-kos pematuhan yang perlu ditanggung oleh pemilik atau pekongsi seperti pembaharuan perniagaan, fi perakaunan dan cukai, serta perakuan tahunan PLT.
  • Usahawan dan newbies boleh membuat keputusan memilih suatu entiti perniagaan yang sesuai dengan mengambil kira kesan cukai pendapatan ke atas entiti perniagaan yang mereka pilih.

Apakah Entiti Perniagaan?

Entiti perniagaan merupakan suatu medium atau platform yang digunakan oleh usahawan dalam mengenderai perniagaannya. Medium perniagaan ini berfungsi sebagai suatu kenderaan yang membawa pemiliknya ke sana sini dan keabsahannya diperakui oleh pihak berkuasa dalam bentuk dokumen pendaftaran perniagaan atau syarikat. Dokumen berkanun ini sangat diperlukan oleh pelbagai pihak, khususnya dalam permohonan suatu permit, lesen, membuka akaun bank, memasuki perjanjian dan lain-lain. Buku Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia ini ditulis bagi memenuhi permintaan golongan usahawan dan newbies di pasaran.

 

memahami-entiti-perniagaan

Buku Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia

[rara_call_to_action title=”SILA PESAN BUKU INI SEKARANG” button_text=”Order Now!” button_url=”https://www.billplz.com/entiti-perniagaan” target=”_blank” button_align=”center”]Buku Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia sangat sesuai dibaca oleh golongan usahawan, newbies dan pelajar di pusat pengajian tinggi. Buku ini membincangkan pelbagai aspek penting entiti perniagaan seperti tugas dan kewajipan pemilik dan pekongsi, pematuhan undang-undang, panduan perniagaan, percukaian entiti perniagaan dan pemilihan entiti perniagaan.

[/rara_call_to_action]

Posted on Leave a comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *