Ejen Cukai Berlesen

PERKHIDMATAN EJEN CUKAI BERLESEN

Ejen Cukai Berlesen merupakan individu yang diberikan autoriti oleh LHDN di bawah seksyen 153(3) Akta Cukai Pendapatan 1967. Pembayar cukai dikehendaki oleh undang-undang berurusan dengan ejen-ejen cukai yang berlesen sahaja.

Disebabkan cukai pendapatan merupakan suatu bidang yang kompleks dan teknikal, pembayar cukai boleh melantik ejen cukai berlesen untuk mewakili mereka dengan pihak LHDN.

Tanggungjawab pembayar cukai

  1. Mengisytiharkan pendapatan atas sumber-sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai setiap tahun;
  2. Menfailkan borang retan cukai mengikut tempoh masa yang ditetapkan; dan
  3. Menyimpan rekod-rekod transaksi perniagaan dan dokumen-dokumen lain (selama 7 tahun kebelakang)  seperti berikut:
    • Penyata bank
    • Sewa premis
    • Gaji/elaun kakitangan
    • Penyelenggaraan pejabat
    • Senarai aset tetap
    • Kos penyelenggaraan kenderaan
    • Hire Purcahse/Leasing
    • Loan/Pinjaman
    • Baucar dividen
    • Resit premium insurans
    • Belian stok barang niaga
    • Invois
    • Resit perbelanjaan perubatan
    • Resit derma yang dibenarkan
    • Resit zakat
    • Resit beli alat sokongan

Tanggungjawab ejen cukai berlesen

  1. Membuat taksiran dan pematuhan cukai bagi pihak pembayar cukai setiap tahun;
  2. Melaksanakan e-filing cukai pendapatan pembayar cukai;
  3. Menuntut segala perbelanjaan, elaun modal, potongan dan pelepasan cukai yang dibenarkan;
  4. Mengisi dan menfailkan Borang CP 204, seksyen 107C(7A) ACP 1967 bagi syarikat, koperasi dan LLP; dan
  5. Menjawab kueri yang dikemukakan oleh LHDN.

KESALAHAN LAZIM DILAKUKAN OLEH PEMBAYAR CUKAI

  • Tidak mengisytiharkan cukai pendapatan apabila telah layak dikenakan cukai

Pembayar cukai dikehendaki mengisytiharkan pendapatan mereka apabila pendapatan mereka itu boleh dikenakan cukai. Kesilapan terbesar pembayar cukai ialah menunggu LHDN menghantar borang penyata cukai dahulu.

  • Tidak melaporkan pendapatan sebenar

Pembayar cukai tidak melaporkan pendapatan yang mereka terima daripada sumber-sumber lain. Misalnya,  tidak melaporkan sumber pendapatan kedua daripada network marketing dalam borang nyata pendapatan.

  • Melaporkan maklumat yang tidak tepat mengenai pelepasan cukai

Tuntutan pelepasan yang dikemukakan kepada LHDN adalah tidak mempunyai dokumen sokongan. Tanpa dokumen sokongan seperti resit menyebabkan tuntutan itu dianggap palsu, dan boleh didenda sebagai cubaan untuk menipu LHDN ataupun melarikan diri daripada cukai. LHDN akan melakukan kerja-kerja audit dengan memanggil pembayar cukai untuk membawa segala dokumen/resit yang telah mereka tuntut dalam borang nyata.

  • Pelarian cukai

Menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan oleh undang-undang dengan tujuan untuk mengurangkan cukai.

PERKHIDMATAN KAMI

Firma kami menyediakan pelbagai perkhidmatan cukai pendapatan seperti beikut:

  • Cukai individu (ejen komisyen, penggajian)
  • Cukai pekongsi firma perkongsian
  • Cukai perniagaan milikan tunggal
  • Cukai PLT
  • Cukai syarikat
  • Cukai pendapatan sewa
  • Rayuan cukai
  • Kes-kes cukai di bawah Pesuruhjaya Khas LHDN

EJEN CUKAI BERTAULIAH (CERTIFIED TAX AGENTS)

hjzul102

chartered-tax-practitioner

BAGAIMANA KAMI BOLEH BANTU ANDA?

  1. Menyediakan Penyata Kewangan pembayar cukai
  2. Menyediakan taksiran tahunan cukai pendapatan
  3. Menjawab kueri LHDN
  4. Perkhidmatan E-filing
  5. Menyediakan borang anggaran taksiran CP 204
  6. Menyelenggara fail pembayar cukai setiap tahun

[rara_call_to_action title=”PERKHIDMATAN CUKAI PENDAPATAN” button_text=”WhatsApp Us Now!” button_url=”https://api.whatsapp.com/send?phone=60132602878&text=perkhidmatan%20cukai” target=”_blank” button_align=”center”]Hubungi Kami Segera!

[/rara_call_to_action]

Posted on Leave a comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *