Pelepasan Cukai Individu

PENGENALAN

Pembayar cukai perlu tahu jenis-jenis pelepasan cukai individu yang layak dituntut bagi mengurangkan jumlah cukai kena bayar mereka. Artikel ini membincangkan aspek pelepasan cukai dan rebat bagi pembayar cukai individu supaya mereka dapat membuat perancangan cukai dengan teliti. Jika seseorang individu itu residen di Malaysia, pelepasan dan rebat akan dikira seperti Jadual 1 berikut (contoh di bawah adalah bagi kes sumber pendapatan penggajian): format-pengiraan-cukai

Jadual 1: Format Pengiraan Jumlah Cukai Kena Bayar

Bahagian seterusnya membincangkan pelepasan individu, yakni potongan cukai yang dibenarkan oleh LHDN.

Untuk Siapa?

Pelepasan untuk individu residen di Malaysia sahaja.

Perlu memenuhi syarat

Syarat bagi setiap pelepasan dan rebat  hendaklah dipenuhi supaya dapat mengurangkan tanggungan cukai. Pastikan tuntutan pelepasan disokong oleh  dokumen sokongan seperti resit.

Jumlah Pelepasan hendaklah kurang daripada Jumlah Pendapatan

Jika jumlah pelepasan melebihi jumlah pendapatan, lebihan tidak dibenarkan untuk dibawa ke tahun taksiran hadapan. Oleh itu, pendapatan yang boleh dikenakan cukai adalah sifar, dan tiada cukai pendapatan dikenakan pada tahun taksiran tersebut.

PELEPASAN INDIVIDU

Pembayar cukai boleh rujuk kepada Jadual 1-3 di bawah bagi memastikan pelepasan yang layak dan jumlah pelepasan yang boleh dituntut. pelepasan-individu1

Jadual 2: Pelepasan Individu

Pelepasan individu dalam Jadual 2 di atas merangkumi pelepasan peribadi, pelepasan anak dan isteri, penjagaan ibu-bapa, dan juga yuran pengajian pembayar cukai (jika pembayar cukai belajar diinstitusi yang diiktiraf oleh LHDN).

pelepasan-individu2

Jadual 3: Pelepasan Individu

Jadual 3 menyenaraikan pelepasan berkaitan dengan kos-kos kesihatan dan alat sokongan, premium insurans hayat, skim persaraan swasta, buku dan majalah serta kos membeli komputer yang dibelanjakan dalam suatu tahun taksiran.

pelepasan-individu3

Jadual 4: Pelepasan Individu

Jadual 4 merupakan senarai pelepasan untuk peralatan sukan, simpanan SSPN, Perkeso, alat susuan ibu dan yuran kepada pusat jagaan anak-anak.

NOTA KEPADA PELEPASAN INDIVIDU

Untuk lebih memahami item-item dalam pelepasan individu, berikut merupakan huraian ke atas item-item terpilih sahaja. nota-pelepasan

Nota Pelepasan Individu – 1

  nota-pelepasan2

Nota Pelepasan Individu – 2

REBAT CUKAI

rebat-cukai

Rajah A: Rebat Cukai

Rebat cukai RM400 hanya layak bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000 setahun dalam suatu tahun taksiran. Tambahan rebat RM400 akan diberikan terhadap pasangan suami/isteri yang tidak bekerja. Bagi individu yang bekerja makan gaji mereka dikehendaki untuk submit e-fling selewat-lewatnya pada 30 April setiap tahun. Bagi individu yang mempunyai punca pendapatan sampingan lain seperti sewa, ejen komisyen dan lain-lain juga dikehendaki submit efiling dalam tempoh yang sama. Bagi individu yang mempunyai perniagaan sepenuh masa seperti ejen komisyen, perniagaan milikan tunggal, dan firma perkongsian, mereka mempunyai sumber pendapatan daripada perniagaan. Oleh itu, tarikh akhir efiling ialah pada 30 Jun setiap tahun. Kemudian, pembayar cukai pendapatan daripada sumber perniagaan perlulah menyediakan Penyata Kewangan terlebih dahulu bagi membolehkan taksiran cukai dibuat atas mereka.

KESIMPULAN

Pelepasan dan rebat cukai merupakan dua elemen yang digunakan dalam perancangan cukai. Hal ini bermaksud, mengurangkan jumlah cukai dibayar melalui kaedah pengelakan cukai (tax avoidance) yang dibenarkan oleh undang-undang. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk menyimpan semua resit-resit pelepasan yang dituntut, sekurang-kurangnya bagi tempoh tujuh tahun terdahulu. LHDN akan menjalankan desk audit, yang mana mereka akan memanggil pembayar cukai secara random bagi tujuan membuktikan semua pelepasan dan rebat yang dituntut. Premium insurans hayat merupakan suatu bentuk pelepasan yang menguntungkan, disebabkan ia satu-satunya pelepasan bersifat tidak hangus. Yang cantiknya, pelepasan ini ialah suatu pelaburan yang mendatangkan pulangan diakhir jangka masa.  
Posted on Leave a comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *