Pengurusan Kecerdasan Emosi

APAKAH KECERDASAN EMOSI?

Istilah “kecerdasan emosi” dicipta pada tahun 1990-an, kemudian dipopularkan oleh ahli psikologi dan pengarang Daniel Goleman dalam bukunya “Kecerdasan Emosi: Mengapa Ia Boleh Lebih Penting Daripada IQ.” Artikel ini membincangkan kepentingan pengurusan kecerdasan emosi dalam karier dan kehidupan seseorang.

Objektif artikel ini ialah untuk memberikan pencerahan mengenai kepentingan menguruskan emosi supaya kita meletakkannya dilandasan yang betul bagi mencapai matlamat kehidupan.

Mengenali Kecerdasan Emosi

Kecerdasan Emosi (atau EI) boleh ditakrifkan sebagai keupayaan untuk:

  • Mengenali, memahami dan mengurus emosi kita sendiri, dan;
  • Mengenali, memahami dan mempengaruhi emosi orang lain.

Dari segi praktikal, hal ini bermakna menyedari bahawa emosi boleh mendorong tingkah laku kita dan memberi kesan kepada orang lain (baik secara positif dan negatif). Sangat penting kita mempelajari cara menguruskan emosi tersebut – yakni, mengurus emosi kita sendiri dan emosi orang lain.

Emosi orang lain bermaksud, disebabkan kita emosi orang lain terkoyak! Atau, disebabkan orang lain emosi kita pula yang terkoyak.

Cek Emosi Anda!

  • Anda menunggu kawan atau klien. Apoimen jam 11.00 pagi, tetapi jam 12.00 tengahari belum sampai lagi. Call tak dapat. Mesej tak di balas!
  • Kaki tangan bawahan anda sering sampai lewat ke pejabat.
  • Anda lihat berita di TV1, mayat kanak-kanak dan wanita bergelempangan akibat bencana bajir yang melanda Pakistan. Mereka sangat perlukan bantuan makanan dan pakaian.
  • Anda melihat suatu post di media sosial seorang kawan meraikan konvokesyen anaknya di Oxford University.
  • Anda tidak dinaikkan pangkat, walaupun anda bekerja lebih rajin berbanding dengan rakan anda yang dinaikkan pangkat.
  • Seorang wanita ditahan polis kerana membuang bayi dalam tong sampah.

Pengurusan kecerdasan emosi adalah penting terutamanya dalam situasi apabila kita berada di bawah tekanan. Misalnya, apabila kita:

  • Memberi dan menerima maklum balas
  • Menepati tarikh akhir (deadline) yang ketat
  • Menjalani hubungan rumah tangga yang hambar
  • Tidak mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi
  • Bergelut dengan sakit yang berpanjangan
  • Memandu dalam hujan lebat dan jem
  • Putus cinta

Walau bagaimanapun, tidak ada suatu alat khusus yang mampu mengukur darjah emosi seseorang itu. Namun begitu, kita kerap dengar akibat buruk daripada hilang kawalan emosi seperti bunuh diri, mencederakan orang lain, buli, rasuah dan pelbagai perbuatan jenayah lain. Akhirnya, menjadi pesakit mental!

Jelaslah, betapa pentingnya kita mempelajari pengurusan kecerdasan emosi secara betul supaya tidak herot dan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri sendiri dan orang lain.

KECERDASAN EMOSI USAHAWAAN (EQ)

Menurut kajian yang boleh dipercayai, usahawan berjaya mempunyai darjah kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan IQ mereka. Begitu juga, penyelidikan telah membuktikan bahawa terdapat korelasi antara EQ yang lebih tinggi dengan kebahagiaan. Dalam erti kata lain, orang yang hidupnya bahagia mempunyai darjah EQ yang tinggi.

Dalam Harvard Business Research 2003, melaporkan bahawa 80% daripada kecekapan yang membezakan prestasi Top Performers dengan orang lain adalah dalam domain Kecerdasan Emosi.

Bagimanakah usahawan yang berjaya menguruskan emosi mereka merupakan suatu aspek yang menarik untuk dikaji. Pengurusan kecerdasan emosi yang baik dapat dinikmati bersama oleh keluarga, jiran, kawan-kawan, rakan sejawat, pembekal, pengguna dan lain-lain.

Bayangkan, bagaimana usahawan mampu mengawal emosi mereka dalam keadaan tekanan disebabkan perniagaan yang rugi, kena tipu, kehilangan pelanggan dan lain-lain. Mereka dapat mengawal emosi dengan tenang. Bingkas dan bangun, laras dan ejas semula mindset supaya terus relevan dengan mengharmonikan herotan emosi yang koyak.

Emosi Yang Stabil

Dengan emosi yang stabil, seseorang itu mampu mengatasi belenggu minda yang menghalang, menganggap kegagalan masa lepas seolah-olah suatu permainan jigsaw-puzzle sahaja.

Menurut fakta saintifik, emosi mendahului pemikiran. Apabila emosi meningkat, ia mengubah cara otak kita berfungsi, yakni mengurangkan kebolehan kognitif kita, kuasa membuat keputusan, dan juga kemahiran interpersonal. Misalnya, apabila kita marah, keseimbangan interpersonal hilang, lantas memaki hamun orang lain. Hal ini mendatangkan akibat yang buruk apabila orang lain bertindak balas dengan memulaukan kita.

Memahami dan mengurus emosi (dan emosi orang lain) dapat membantu kita untuk lebih berjaya dalam kedua-dua kehidupan peribadi dan profesional.

KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI

Peringkat Umum

Dengan pengurusan kecerdasan emosi yang baik, seseorang itu umumnya lebih mudah untuk membentuk dan mengekalkan hubungan interpersonal dan menyesuaikan diri dalam situasi kumpulan.

Orang yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dapat memahami keadaan psikologi mereka sendiri dengan lebih baik, juga dengan orang disekeliling dan persekiran mereka. Insan kategori ini mampu menguruskan tekanan dengan berkesan dan kurang kemungkinan menjejaskan orang lain.

Pada Peringkat Peribadi

Kecerdasan emosi membantu kita:

  • Walaupun dalam perbualan tidak selesa, kita tidak menyakiti perasaan orang lain,
  • Mampu uruskan emosi kita apabila dalam keadaan tertekan atau terlampau sedih, dan
  • Tingkatkan hubungan dengan orang yang kita sayangi.

Di tempat kerja

Kecerdasan emosi boleh membantu kita:

  • Selesaikan konflik,
  • Melatih dan memotivasikan orang lain,
  • Wujudkan budaya kerjasama, dan
  • Bina keselamatan psikologi dalam pasukan

Emosi yang stabil merangsang minda bertindak dengan lebih bertenaga. Misalnya, mampu menghapuskan belenggu kehidupan masa lalu, yang menjadi penghalang seseorang mencapai kejayaan. Gabungan emosi yang stabil, mindset yang betul dan matlamat yang jelas mampu bertindak “membujur lalu melintang patah”.

Kecerdasan emosi yang tinggi boleh membantu orang lain di sekeliling mencapai kejayaan, terutamanya dalam projek berkumpulan. Dengan pengurusan emosi yang betul, hal ini akan mempengaruhi orang di sekeliling kita untuk melakukan perkara yang sama. Keputusannya, semua orang akan menang, semua orang akan cemerlang.

KOMPONEN KECERDASAN EMOSI

Terdapat 4 komponen kederdasan emosi:

Kesedaran diri

Kita tahu bagaimana emosi dan tindakan kita akan memberi kesan kepada orang di sekeliling, sama ada baik atau buruk. Misalnya, kita sedar diri sendiri cepat marah dan baran. Kita juga sedar mempunyai sifat malas untuk membantu isteri mengemas rumah. Akibatnya, isteri yang dalam keletihan akan bersungut, pokpek-pokpek. Lantas kitapun membantunya disebabkan kita sedar isteri kita penat.

Kita juga boleh menjadi pencetus diri, mengenal pasti kekuatan diri dan melihat batasan diri sendiri. Wujudkan kesedaran diri, lihat suami jiran rajin menjemur pakaian dijemuran, membasuh kereta atau menyiram bunga. Bayangkan jika sama-sama mengemas rumah dengan isteri, kerjapun cepat siap. Kita sedar bahawa kerja berpasukan itu dapat mengurangkan bebanan kerja.

Menyedari diri juga bermakna kita merendah diri — kita semua hanyalah manusia biasa. Tidak rugi seseorang itu merendah diri daripada bersikap sombong dan tidak boleh ditegur. Kelak, diri sendiri yang rugi.

Peraturan kendiri

Jika kita boleh mengawal diri, reaksi emosi kita adalah berkadar dengan hasil yang diperolehi. Misalnya, jika seseorang itu gagal mengawal emosinya, dia gagal bertindak rasional. Keputusannya, merugikan dirinya sendiri.

Kita tahu bagaimana untuk berhenti seketika, seperti yang diperlukan, dan mengawal impuls kita. Kita berfikir sebelum bertindak dan pertimbangkan akibatnya. Walaupun prinsip psikologi moden menyatakan kita bersifat reaktif, namun begitu, sekurang-kurangnya kita mengawal emosi supaya selari dengan fikiran.

Kita hendaklah tahu cara-cara meredakan ketegangan, mengurus konflik, menghadapi senario yang sukar dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Perkara ini semua ialah tentang tindakan diri kita yang dapat membantu menguruskan emosi dengan harmoni.

Motivasi

Jika kita bermotivasi secara intrinsik, kita dahagakan sesuatu untuk pembangunan peribadi. Kita sangat-sangat terdorong untuk berjaya, walau apapun versi kejayaan yang diinginkan.

Kita mendapat inspirasi untuk mencapai matlamat disebabkan ia membantu kita berkembang sebagai seorang individu.  Kita ingin mencapainya untuk kepuasan peribadi, tetapi bukannya pulangan kewangan.

Empati

Jika kita berempati, kita berada pada tahap yang baik untuk mementingkan diri sendiri – tetapi kita tidak mementingkan diri sendiri. Kita sedih yang teramat apabila jiran kita kemalangan. Kita menghulurkan bantuan wang dan beras untuk mangsa banjir kerana dapat merasakan penderitaan yang mereka lalui.

Kita turut memberikan hadiah untuk mengembirakan anak sahabat kita dihari majlis perkahwinanannya. Kita membalas dengan kebaikan atas kejahatan orang lain kepada kita. Sebab kita tidak mahu memikirkan dan diselubungi oleh perkara yang bersifat buruk menjadi budaya hidup kita. Kita mahu melakukan perkara-perkara yang lebih baik daripada orang lain.

CONTOH KECERDASAN EMOSI (EQ)

Berikut ialah beberapa contoh biasa yang meneroka rupa EQ yang lebih tinggi berbanding yang lebih rendah.

Kawalan Kendiri

Senario: Anda sedang dalam mesyuarat dan bos mengkritik anda di hadapan rakan sekerja yang lain.
EQ yang lebih tinggi: Anda mengekalkan ketenangan, kemudian berdalih dengan sopan untuk memproses emosi anda dalam persekitaran yang selamat.
EQ Rendah: Anda mungkin menjadi defensif dan keluar dari pejabat.

Empati

Senario: Rakan sebilik anda memberitahu anda bahawa ia menyakitkan perasaan mereka apabila anda terlupa untuk membuang sampah yang anda telah bersetuju.
EQ Lebih Tinggi: Anda mohon maaf, dan menerangkan sebab anda tertidur kerana letih bermain bola. Tetapi anda kemudian membuang sampah itu.
EQ Rendah: Anda mendapati sukar untuk memahami mengapa mereka sangat kecewa dan berasa apabila anda terlupa membuang sampah itu.

Kesedaran Kendiri

Senario: Anda dan rakan sekerja anda telah menerima promosi yang sama, tetapi mereka mendapat kenaikan pangkat dan bukannya anda.
EQ yang lebih tinggi: Anda merenung dan menyedari bahawa, jika anda jujur dengan diri sendiri, anda tidak bekerja keras seperti rakan sekerja anda dan kenaikan pangkat mereka adalah wajar.
EQ Rendah: Anda boleh menghantar e-mel yang marah kepada bos anda, menuntut penjelasan atau mengugut untuk berhenti.

Motivasi

Senario: Anda lulus peperiksaan dan menyiarkannya di media sosial.
EQ Lebih Tinggi: Anda berbangga dengan diri sendiri atas pencapaian itu dan menghargai sebarang sokongan yang anda terima.
EQ Rendah: Anda mungkin mempersoalkan kejayaan atau nilai kejayaan itu kerana siaran media anda tidak mendapat “LIKE” yang sangat banyak.

KESIMPULAN

Orang yang mempunyai darjah emosi yang tinggi sangat memikirkan kesan tindakannya terhadap orang lain. Manakala orang yang mempunyai darjah emosi yang rendah, cuma memikirkan dirinya sendiri sahaja. Misalnya, memakir kenderaannya dengan menghalang kenderaan lain untuk keluar, membuang sampah dan merosakkan harta awam.

Emosi yang stabil sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang sekalipun.

Posted on Leave a comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *