Kelayakan Pengarah Syarikat

PENGENALAN Apakah kelayakan minimum untuk menjadi pengarah syarikat sendirian berhad? Sebenarnya, statut tidak menetapkan kelayakan akademik pengarah syarikat persendirian. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia menetapkan kelulusan akademik minimum bagi pengarah-pengarah syarikat tersenarai awam. KELAYAKAN PENGARAH MENURUT STATUT Kelayakan pengarah syarikat yang dilantik menurut Akta adalah seperti  berikut: (a) orang biasa, sekurang-kurangnya berumur 18[…][Read more…]

Posted on 1 Comment

Prinsip Entiti Berasingan Syarikat

ENTITI UNDANG-UNDANG YANG BERASINGAN Prinsip entiti berasingan syarikat sangat istimewa, dan direka sebegitu rupa oleh undang-undang untuk mengasingkan syarikat dengan orang-orang melibatkan diri dengannya. Sifat entiti yang berasingan boleh difahami sebagai terpisahnya syarikat daripada pengarah, pegawai dan ahli-ahlinya. Statut menetapkan syarikat yang ditubuhkan di bawah AS 2016 merupakan sebuah perbadanan dan mempunyai sifat-sifat berikut:[1] (a)[…][Read more…]

Posted on Leave a comment

Memahami Syer Keutamaan

PENGENALAN Artikel memahami syer keutamaan (preference shares) ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada lembaga pengarah mengenai suatu kaedah lain bagi meningkatkan modal syarikat. Syarikat yang ditubuhkan tanpa Perlembagaan, hendaklah menerbitkan Perlembagaan baharu dengan memasukkan klausa syer-syer keutamaan dalamnya. Bagi syarikat yang sudah ada Perlembagaan, dan mempunyai modal syer, mereka boleh menerbitkan syer-syer keutamaan (preference shares).[1][…][Read more…]

Posted on 1 Comment

Makan Gaji atau Bisnes: 10 Pertimbangan Kritikal

MAKAN GAJI ATAU BISNES? Sebelum seseorang itu mengambil keputusan sama ada hendak berhenti kerja makan gaji atau bisnes, beliau perlu menghalusi Sepuluh Pertimbangan Kritikal yang dibincangkan di sini. Idea penulisan ini terbit daripada ramai pegawai kerajaan  (sebelum tahun 2000 dahulu) pada masa itu telah berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri. Malangnya, mereka tidak mempunyai persediaan[…][Read more…]

Posted on 1 Comment

Dibelenggu Masalah Kehidupan

1.0 APAKAH BELENGGU KEHIDUPAN? a. Manusia tidak dapat lari daripada dibelenggu masalah kehidupan sejak kecil lagi. Ada yang berjaya mengatasi belenggu kehidupan ini, dan ada yang tidak. Belenggu kehidupan menyebabkan seseorang itu ketinggalan, lantaran gagal memecah kepompong belenggu yang bersarang dalam minda. b. Dibelenggu masalah kehidupan bermaksud apa-apa perkara atau peristiwa lalu yang kekal terbenam[…][Read more…]

Posted on Leave a comment

Syarikat Tidak Berhad

PENGENALAN Syarikat tidak berhad (STB) merupakan suatu syarikat yang memiliki liabiliti tidak terhad terhadap semua ahli-ahlinya.[1] Akibatnya, pemiutang mempunyai akses ke atas harta peribadi ahli-ahli tanpa had jika syarikat itu digulung dan tidak cukup dana bagi melangsaikan hutang piutang syarikat. Sifat liabiliti tidak terhad ini menyebabkan liabiliti ahli-ahli STB setaraf dengan liabiliti perniagaan milik tunggal[…][Read more…]

Posted on 1 Comment

Penjenisan Syer Biasa

JENIS-JENIS SYER BIASA Penjenisan syer biasa hendaklah difahami supaya pemilik syer majoriti boleh menerbitkan kelas-kelas syer biasa dengan betul. Misalnya, pemegang syer tunggal ingin menerbitkan syer baharu kepada pelabur yang juga merupakan pembekal bahan-bahan mentah kepada syarikatnya. Menurut statut, syer bermaksud: “Modal syer sesuatu perbadanan yang diterbitkan dan termasuklah stok kecuali suatu perbezaan antara stok[…][Read more…]

Posted on 6 Comments

Perlembagaan Syarikat Sendirian Berhad

PENGERTIAN PERLEMBAGAAN SYARIKAT Bagi usahawan yang memiliki syarikat sendirian berhad, sudah tentu mereka biasa dengan Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau Perlembagaan Syarikat Sendirian Berhad. Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan Perlembagaan syarikat? Menurut Seksyen 34(a) Akta, Perlembagaan syarikat berhad menurut syer ialah suatu dokumen yang diterima pakai sebagai Perlembagaannya di bawah seksyen 32. Secara harfiahnya,[…][Read more…]

Posted on 1 Comment

Berkawan Dengan Haters

SIAPAKAH HATERS? Haters merupakan kawan atau orang disekeliling kita yang tidak suka atau membenci kita dalam diam. Hakikatnya, tidak mungkin orang yang tidak dikenali membenci atau sakit hati pada kita. Jika mereka benci sekalipun, mereka tidaklah bertindak sesuatu yang boleh menghancurkan kehidupan atau karier kita. Berkawan dengan haters dalam kehidupan merupakan suatu pengalaman penulis selama[…][Read more…]

Posted on 2 Comments

Pengarah dan Pegawai Syarikat

1.0 PENGENALAN Pengarah dan pegawai syarikat mempunyai maksud yang berbeza daripada sudut undang-undang. Pengarah suatu syarikat adalah pegawai-pegawai syarikat, tetapi tidak semua pegawai syarikat merupakan pengarah syarikat. Sebenarnya, pegawai syarikat mempunyai maksud dan pengertian yang lebih luas daripada pengarah syarikat. Artikel ini bertujuan untuk memberikan pengertian dan justifikasi pengarah dan pegawai syarikat dengan lebih tuntas.[…][Read more…]

Posted on Leave a comment