Cukai Pendapatan Individu

MUKADDIMAH

Cukai pendapatan individu yang dibincangkan adalah khusus bagi individu yang menjalankan perniagaan dan rakan kongsi firma perkongsian. Jelasnya, artikel ini lebih menumpukan kepada individu yang berniaga dan juga ejen komisyen. Cukai pendapatan penggajian akan disentuh secara umum sahaja.

Setiap tahun kalendar, individu yang layak dikenakan cukai pendapatan hendaklah mengisytihar pendapatan mereka kepada LHDN. Dalam erti kata lain, mereka yang mempunyai amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai hendaklah membayar cukai pendapatan dalam suatu tahun taksiran.

APAKAH CUKAI PENDAPATAN?

Cukai dikenakan setiap tahun ke atas individu yang menerima pendapatan berkenaan dengan:

a) Keuntungan / keuntungan daripada perniagaan;

b) Keuntungan/keuntungan daripada pekerjaan;

c) Dividen, faedah atau diskaun;

d) Sewa, royalti atau premium;

e) Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan

f) Keuntungan / keuntungan tidak termasuk di bawah mana-mana perenggan di atas.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan bercukai.

SIAPAKAH YANG DIKENAKAN CUKAI?

Cukai pendapatan hendaklah dicaj bagi setiap tahun taksiran atas pendapatan mana-mana orang yang terakru di atau diperolehi dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia.

(a) Individu yang jumlah pendapatan boleh cukainya MELEBIHI nilai ambang mesti mendaftar untuk fail cukai pendapatan;

(b) Skop cukai individu bergantung kepada status pemastautin beliau. Individu pemastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai dan layak mendapat pelepasan cukai mengikut seksyen 45A – seksyen 49 ACP 1967. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar rata 30% dan tidak layak menikmati sebarang pelepasan; dan

(c) Sebarang sumber pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia adalah dikecualikan cukai

TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDN.  Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :

(a) Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat

(b) Lapor Pendapatan Tahunan

(c) Penyimpan rekod untuk tujuan pengauditan

(d) Membayar Cukai Pendapatan

Bagaimana hendak tahu bahawa seseorang itu sudah layak dikenakan cukai pendapatan? Bagi individu yang mempunyai pendapatan penggajian, mereka boleh menyemak sendiri melalui majikan atau boleh semak melalui Jadual Potongan Cukai Berjadual (PCB), di Portal LHDN. Borang Nyata Cukai bagi individu di bawah penggajian ialah Borang BE.

Contoh 1: Lelaki bujang

Seorang lelaki bujang mempunyai pendapatan RM3,751-RM3,755 sebulan akan dipotong cukai sebanyak RM57.05 sebulan melalui saraan mereka (sila rujuk Jadual PCB). Saraan merujuk kepada gaji pokok dan elaun tetap yang diterima oleh pekerja.

Contoh 2: Suami dan isteri bekerja, mempunyai seorang anak

Jika seorang suami mempunyai pendapatan RM3,311-RM3,315 sebulan dan mempunyai seorang anak dan isteri yang bekerja, potongan cukai daripada gajinya ialah RM1.10 sebulan (sila rujuk Jadual PCB).

Melalui Jadual PCB juga, pendapatan orang bujang di bawah RM3,141 sebulan masih belum lagi layak dikenakan cukai pendapatan.

Contoh 3: Single Mom, 2 orang anak

Seorang single mom mempunyai pendapatan penggajian RM180,000 setahun. Melalui Jadual PCB, potongan cukai bulanan beliau ialah RM2,249.55 sebulan.

Walau bagaimanapun, PCB adalah tanggungjawab majikan. Pembayar cukai hendaklah bekerjasama dengan majikan dalam urusan cukai pendapatan mereka.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN TERHADAP CUKAI PEKERJA

1. Daftar nombor majikan (E).

  • Majikan hendaklah mengambil langkah mendaftar nombor majikan di Portal e-Daftar bagi membolehkan mereka membuat potongan cukai atas gaji pekerja.

2. Membuat potongan cukai bulanan (PCB) daripada saraan pekerja berdasarkan sama ada Jadual PCB atau kaedah pengiraan berkomputer dan menghantar amaun PCB kepada LHDNM pada atau sebelum hari ke-15 bulan berikutnya.

  • Majikan hanya boleh menggunakan aplikasi e-PCB, e-Data PCB atau e-CP39 yang disediakan melalui Portal Rasmi LHDNM untuk penyerahan penyata PCB atau data PCB pekerja.

3. Serahkan borang penyata majikan (Borang E) bersama C.P.8D pada atau sebelum 31 Mac tahun berikutnya

  • Majikan (syarikat dan syarikat Labuan) diwajibkan mengemukakan Borang E melalui e-Filing (e-E) berkuat kuasa atas pendapatan bagi tahun 2016.
  • Borang E hanya akan dianggap lengkap jika C.P.8D dihantar dalam tempoh tarikh akhir yang ditetapkan. Majikan yang telah menyerahkan maklumat melalui e-Data Praisi tidak perlu melengkapkan dan memberikan C.P.8D.

4. Menyediakan dan memberikan kepada pekerja penyata imbuhan (Borang EA / EC) berkenaan dengan pekerja tersebut pada atau sebelum hari terakhir Februari tahun berikutnya.

5. Menyediakan dan menyediakan salinan penyata bayaran insentif kewangan dan bukan kewangan kepada setiap ejen, peniaga atau pengedar (Borang CP58) pada atau sebelum 31 Mac tahun berikutnya.

6. Simpan rekod yang berkaitan selama 7 tahun dan menjadikannya mudah diakses oleh LHDNM jika perlu.

MENDAFTAR FAIL CUKAI

Individu yang boleh dikenakan cukai pendapatan hendakalah membuka fail cukai pendapatan atas talian di e-Daftar. Berikut adalah Langkah-langkah permohonan fail cukai individu di LHDN.

daftar-fail-cukai-individu

Di bawah pendapatan penggajian, seseorang itu akan menerima penyata pendapatan penggajian (EA atau EC) daripada majikan mereka setiap tahun. Borangan EA atau EC merupakan prima facie pendapatan penggajian yang diterima daripada majikan.

Selepas mereka menerima penyata pendapatan daripada majikan, tempoh akhir kemukakan Borang Nyata Cukai ke LHDN melalui e-filing ialah pada 30 April setiap tahun. Kadang-kadang LHDN memberi tempoh lanjutan masa ke suatu tarikh yang ditetapkan. Pastikan submit sebelum tempoh berakhir.

Kiraan cukai dalam Jadual PCB belum mengambil kira potongan KWSP, insurans dan pelbagai pelepasan lain. Oleh itu, maklumat details pelepasan yang dituntut boleh diisi dalam Borang Nyata Cukai. Namun begitu, pastikan semua tuntutan tersebut disokong oleh dokumen-dokumen yang sah.

Bukan apa ya. Kemungkinan pihak LHDN akan menjalankan kerja-kerja desk audit dengan memanggil pembayar cukai secara random untuk mengemukakan dokumen-dokumen atas pelepasan yang dituntut. Jangan sampai kantoi nanti! Maksudnya, jangan cuba tuntut perkara yang tak ada.

Jumlah cukai kena bayar akan dikira oleh sistem efiling, dan pembayar cukai boleh mencetaknya sendiri. Sebarang jumlah cukai yang tidak cukup hendaklah di top-up oleh pembayar cukai pada masa submission efiling selesai   atau sebelum tarikh akhir efiling.

Mendaftar Fail Cukai Perniagaan

Apabila seseorang itu menjalankan perniagaan, pemilik perniagaan itu hendaklah menyediakan Penyata Kewangan perniagaannya terlebih dahulu. Kemudian, pembayar cukai hendaklah melantik seorang Ejen Cukai Berlesen untuk mewakilinya dalam segala urusan dengan LHDN.

Oleh itu, dapatkan perkhidmatan daripada Ejen Cukai Berlesen bagi menguruskan segala urusan percukaian dengan LHDN. Ejen Cukai Berlesen akan menguruskan percukaian pembayar cukai bermula daripada mendaftar fail cukai, menyediakan Penyata Kewangan perniagaan, e-filing dan menjawab kueri LHDN.

1. Milikan Tunggal dan Pekongsian

Bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian, Penyata Kewangan mereka hendaklah disediakan pada 31 Disember setiap tahun. Misalnya, jika Penyata Kewangan suatu perniagaan itu berakhir pada 31/12/2021, maka tarikh akhir hantar efiling adalah pada 30/6/2022. Borang Nyata bagi perniagaan ialah Borang B. Borang Nyata perniagaan perkongsian ialah Borang P. Namun begitu, perniagaan perkongsian akan dicukai atas setiap rakan kongsi.

2. Syarikat Sendirian Berhad

Bagi syarikat pula, Borang Nyata Pendapatan (Borang C) hendaklah di submit dalam tempoh 6 bulan daripada  Penyata Kewangan mereka berakhir. Misalnya, jika Penyata Kewangan syarikat ditutup pada 31/12/2021, maka tarikh akhir efiling syarikat itu ialah pada 30/06/2022.

3. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Tarikh akhir submit efiling PLT ialah sama seperti perniagaan biasa, iaitu sebelum 30/06 setiap tahun.

PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

Penyata Kewangan milikan tunggal dan perkongsian boleh disediakan oleh pembayar cukai sendiri jika mereka mahir selok belok software sistem perakaunan. Namun begitu, untuk memastikan Penyata Kewangan itu disediakan dengan betul dan tepat, pembayar cukai boleh mendapatkan perkhidmatan daripada akauntan atau ejen cukai berlesen.

Untuk tujuan percukaian, semua rekod hendaklah disimpan selama tujuh tahun kebelakang. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menyediakan Penyata Kewangan ialah:

a. Invoice/ Sales

b. Payment Voucer

c. Bank Statements

d. Gaji Pekerja

e. EPF dan SOCSO

f. Sewa Premis

g. Sewa Beli/ Leasing

h. Purchases (Belian) stok

i. Repair and Maintenance Bangunan/ Kenderaan

j. Petrol/ tol/ parking kenderaan

k. Alatulis/percetakan

l.  Pengiklanan

m. Signboard

n. Insurans kenderaan/am

o. Uniform pekerja

p. Pinggan mangkuk

q. Perkakasan memasak

r. Perabut dan kelengkapan pejabat

PENALTI LEWAT BAYAR CUKAI PENDAPATAN

penalti-lewat-bayar-cukai

Jadual 1: Penalti Lewat Bayar Cukai

Terdapat dua jenis kesalahan atas cukai kena bayar, iaitu:

(1) Membayar cukai selepas tamat tempoh yang dibenarkan

  • Penggajian – jika bayar selepas 30 April
  • Perniagaan – jika bayar selepas 30 Jun

Dalam kedua-dua keadaan di atas, penalti akan dikenakan sebanyak 10% daripada jumlah cukai  kena bayar jika  lewat daripada tempoh yang ditetapkan.

(2) Membayar ansuran cukai tidak mengikut jadual

  • Jika bayar cukai selepas 30 hari daripada tarikh yang ditetapkan, penalti 10% dikenakan atas ansuran kena bayar. Contohnya, ansuran kena bayar ditetapkan pada 5/1/2022 tetapi dibayar pada 7/2/2022. Hal ini bermaksud sudah lewat 2 hari daripada tempoh 30 hari yang dibenarkan. Dalam kes ini, katakan ansuran kena bayar pada 5/1/2022 ialah RM500, tetapi dibayar pada 7/2/2022. Penalti = RM500 x 10% = RM50.

KESALAHAN DAN PENALTI KETAKPATUHAN ACP 1967

jadual-kesalahan-dan-penalti-cukai

Jadual 2: Kesalahan dan Penalti Ketakpatuhan ACP 1967

Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kesalahan dan jumlah penalti yang boleh dikenakan oleh LHDN terhadap pembayar cukai yang disabitkan. Oleh itu, pembayar cukai hendaklah prihatin apabila menguruskan hal-hal cukai pendapatan mereka daripada dikenakan penalti oleh LHDN.

KELEBIHAN MEMPUNYAI FAIL CUKAI PENDAPATAN

Tanpa fail cukai pendapatan, sukar bagi seseorang pembayar cukai itu untuk merealisasi perkara-perkara berikut:

(a) Memohon pinjaman bank

(b) Membeli aset-aset keperluan perniagaan

(c) Membeli kereta dan rumah

(d) Berkontrak dengan syarikat anchor

(e) Membesarkan lagi perniagaan

KESIMPULAN

Usahawan hendaklah pantas mengisytiharkan cukai pendapatan perniagaan mereka setiap tahun tanpa bertangguh. Hal ini penting bagi mengelak kesalahan ketakpatuhan undang-undang cukai pendapatan, dan bagi memudahkan lagi perjalanan operasi perniagaan. Misalnya, untuk membeli kenderaan komersial, bangunan, mesin dan jentera dan lain-lain lagi.

 

Selesaikan Masalah Cukai Anda Sekarang

Kami merupakan akauntan cukai berlesen bersedia membantu anda untuk menyelesaikan sebarang masalah cukai yang membebankan.

Posted on 2 Comments

2 thoughts on “Cukai Pendapatan Individu

    1. selamat membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *