Konsep Liabiliti Terhad

APAKAH LIABILITI TERHAD?

Konsep liabiliti terhad hanya terdapat dalam syarikat dan perkongsian liabiliti terhad (PLT). Liabiliti terhad merupakan suatu konsep undang-undang yang sangat istimewa bagi syarikat berhad oleh syer. Liabiliti terhad bemaksud pemegang-pemegang syer tidak bertanggungan secara peribadi atas segala hutang-piutang syarikat.

Jelasnya, pemegang syer (yakni pelabur) dilindungi oleh undang-undang disebabkan tujuan utama mereka hanyalah melabur untuk mendapatkan pulangan.

Oleh itu, tidak adillah bagi orang yang melabur dalam syarikat mendapat hukuman jika syarikat dikenakan tindakan undang-undang ataupun jika syarikat itu gagal.

Dalam suatu aspek yang lain, syarikat berhad oleh syer bermaksud liabiliti pemegang syer hanya terhad setakat jumlah syer yang diperuntukkan, tetapi masih belum dibayar penuh kepada syarikat. Misalnya, seorang pemegang syer belum  membayar penuh syer berjumlah RM50,000.00 kepada syarikat, walaupun sudah dibuat panggilan syer. Jika syarikat digulung, pemegang syer itu bertanggungan untuk membayar baki syer RM50,000 kepada syarikat.

Dalam erti kata lain, mana-mana pemegang syer sudah membayar penuh jumlah syer yang diperuntukkan, mereka tidak lagi mempunyai apa-apa liabiliti atas syarikat sekiranya syarikat itu digulung.

konsep-liabiliti-terhad

Kesan liabiliti terhad atas syarikat ialah risiko kegagalan perniagaan secara keseluruhannya dipindahkan daripada pemegang-pemegang syer kepada pemiutang-pemiutang syarikat. Kewujudan sifat liabiliti terhad ini menjadi ciri paling menarik kepada syarikat. Jelaslah, pemegang-pemegang syer dapat melepaskan segala tanggungan yang tidak sepatutnya ditanggung oleh mereka kepada pihak lain.

RASIONAL KONSEP LIABILITI TERHAD

Konsep liabiliti terhad juga dicipta oleh undang-undang bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat ekonomi seperti berikut:

  • Memudahkan urusan perdagangan

Dengan adanya konsep liabiliti terhad, dapat mempermudahkan lagi pelaburan dan aktiviti ekonomi dengan mengasingkan fungsi pelaburan dan pengurusan, iaitu dengan cara melindungi pelabur yang mempunyai syer daripada kerugian syarikat. Perlindungan pelabur sebegini rupa dapat menambahkan lagi modal ekuiti dan mengurangkan risiko syarikat.

  • Mengurangkan kawalan

Kewujudan konsep liabiliti terhad dapat mengurangkan kehendak pemegang-pemegang syer untuk mengawal pengurusan syarikat dalam syarikat yang mereka labur. Risiko pemegang syer atas kegagalan syarikat hanya terhad atas kerugian ekuiti yang telah mereka laburkan sahaja.

  • Menggalakan kecekapan pasaran

Konsep liabiliti terhad juga dapat menggalakan kecairan dan kecekapan operasi pasaran sekuriti dalam kalangan syarikat tersenarai awam. Pelabur boleh membeli syer dan bertukar milik syer secara bebas dipasaran terbuka.

Harga se unit syer dapat menggambarkan kecekapan suatu syarikat. Syarikat yang kurang potensi mempunyai harga se unit syer yang rendah, dan akibatnya tidak digemari oleh pelabur.

  • Menggalakan kepelbagaian ekuiti

Liabiliti terhad boleh membenarkan pelabur-pelabur untuk memegang syer dalam beberapa syarikat yang lain. Pelabur tidak melibatkan diri dalam pengurusan syarikat, dan jika  prinsip liabiliti tidak terhad ini diguna pakai (berlawanan dengan liabiliti terhad), hal ini boleh mengakibat mereka berpotensi hilang semua syer yang dilabur jika syarikat tersebut gagal dan digulung.

KESIMPULAN

Konsep liabiliti terhad yang dimiliki oleh syarikat merupakan sebahagian daripada identiti syarikat dan tidak boleh dihapuskan sama sekali. Jika dihapuskan, taraf syarikat sama sahaja dengan milikan tunggal atau perkongsian konvensional; yakni liabiliti tidak terhad.

Akibatnya, pelabur yang memegang syer tidak berminat melabur dalam syarikat disebabkan mereka tidak dilindungi oleh undang-undang.


[rara_call_to_action title=”Accounting and Tax Services” button_text=”Contact Us Now!” button_url=”https://wa.me/60132602878/” target=”_” button_align=”center”]Let’s Us Handle Your Tax Problem!

[/rara_call_to_action]

 

Peluang & Idea Bisnes      Memilih Rakan Kongsi

Posted on 1 Comment

1 thought on “Konsep Liabiliti Terhad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *