Tips Berjaya Dalam Bisnes

PENGENALAN

Buku ini ditulis menggunakan pendekatan 3P; iaitu, Pengetahuan, Pengalaman dan Praktis. Buku ini mengadungi pelbagai tips berjaya dalam bisnes serta panduan berbisnes yang boleh diapplikasikan oleh usahawan. Objektif saya menulis buku ini ialah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bisnes dengan newbies dan usahawan.

Buku ini dibahagikan kepada lima bab, dan setiap bab disusun mengikut urutan berdasarkan perkaitan dengan bab-bab berikutnya.

BAB 1

Lahir daripada idea saya untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman buat golongan pekerja tetapi ingin berhenti kerja untuk menjalankan bisnes. Walaupun menjadi seorang usahawan itu adalah digalakkan, namun begitu, terdapat beberapa aspek penting perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum mereka berhenti kerja untuk menjadi usahawan.

Terlintas dihati kecil saya tidak inginkan mereka menyesal dikemudian hari jika berhenti kerja disebabkan memilih kerjaya sebagai usahawan. Hasilnya, lahirlah Bab 1 untuk memberi tips berjaya dalam bisnes sama ada mereka menjadi usahawan sepenuh masa, usahawan sebelah kaki atau pun usahawan de fakto.

BAB 2

Kemudian, saya terfikir untuk memberikan tips berjaya dalam bisnes daripada aspek bagaimana memilih suatu perniagaan yang tepat dan berdaya maju.

Justeru, saya bahagikan bab 2 ini kepada tiga bahagian utama, iaitu:

a- mengenali sifat-sifat ekonomi barang yang ingin diniagakan;

b- ciri-ciri perniagaan yang ideal, dan;

c- kaedah penilaian projek perniagaan menggunakan teknik yang mudah.

Ketiga-tiga aspek tersebut telah digabungkan dalam proses untuk menilai daya maju bisnes. Seterusnya, usahawan mampu  membuat keputusan sama ada haruskah memilih atau menolak mana-mana cadangan projek bisnes yang dikemukakan.

BAB 3

Dalam Bab 3, saya menelusuri aspek-aspek penggunaan akal budi yang sangat molek diapplikasikan dalam menjayakan suatu bisnes. Tips berjaya dalam bisnes perlulah mengendahkan aspek akal budi, sepadan dengan pantun Melayu berbunyi:

Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga

Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa

Idea ini terbit daripada pengalaman saya menerima layanan yang baik dan juga tidak baik daripada usahawan disepanjang kerjaya saya sebagai perunding pengurusan. Bukankah kata-kata orang bijaksana mengatakan bahawa kita boleh jatuh tersungkur apabila terseradung batu yang kecil!

Aspek akal budi sering diketepikan oleh usahawan dan saya ketengahkan semula dalam bab 3 ini disebabkan sifatnya yang sentiasa tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas.

Sesunggguhnya, tidak rugi seseorang usahawan mengambil endah amalan akal budi yang baik, apatah lagi ia tidak memerlukan apa-apa kos untuk melaksanakannya.

BAB 4

Idea bab 4 terbit daripada pemerhatian saya ke atas usahawan-usahawan yang berjaya disepanjang lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang bisnes.

Majoriti usahawan sangat asyik memburu kejayaan, sedangkan kegagalan juga merupakan suatu manifestasi daripadanya. Ketika kejatuhan ekonomi melanda negara pada tahun 1997 dahulu, ramai daripada pelanggan-usahawan telah jatuh dan gulung tikar.

Saya tidak tahu di mana mereka sekarang dan perniagaan apakah yang mereka sedang jalankan. Kemudian, muncul pula usahawan-usahawan baharu, namun mereka juga tidak dapat bertahan lama dipersada bisnes, walau pun dalam keadaan ekonomi yang menghijau. Mereka juga gagal!

Fenomena ini telah mengubah minat saya untuk menyingkap tabir kegagalan usahawan berbanding dengan menyingkap tabir kejayaan. Hatta, dalam bab 4 saya membincangkan dapatan penyebab-penyebab kegagalan usahawan kepada tiga sudut, iaitu:

a- kegagalan disebabkan oleh faktor luaran,

b- kegagalan disebabkan oleh faktor dalaman; dan

c- kegagalan disebabkan oleh diri sendiri.

BAB 5

Dalam penerusan mencari idea-idea penulisan bab 5, tiba-tiba saya teringatkan kepintaran seorang budak hebat bernama Hang Nadim yang menyelamat Singapura daripada serangan ikan todak. Bertitik tolak daripada kisah kepintaran Hang Nadim ini, keluarlah idea aspek-aspek kepintaran asas yang diperlukan dalam bisnes.

Gagasan Hang Nadim ini merupakan kemuncak tips berjaya dalam bisnes yang boleh digunakan oleh usahawan dalam menongkah arus bisnes yang deras. Justeru, saya gariskan enam aspek kepintaran yang perlu dikuasai oleh usahawan, iaitu;

(a) kepintaran mencari peluang dan idea bisnes,

(b) kepintaran mendapatkan modal,

(c) kepintaran menembusi pasaran,

(d) kepintaran mengembangkan bisnes,

(e) kepintaran mengekalkan bisnes; dan

(f) kepintaran membuat keputusan.

Pintar niaga merupakan suatu segi, seni dan strategi bisnes yang tidak memerlukan seseorang itu memiliki tahap pelajaran yang tinggi untuk melaksanakannya.

PENUTUP

Akhirul kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah sudi menerima manuskrip buku ini untuk diterbitkan. Pesanan buat usahawan, “tiada kegagalan, yang ada hanya maklumat.” Maksudnya, kegagalan itu merupakan maklumat yang perlu diperbetulkan.


[rara_call_to_action title=”BUKU PINTAR NIAGA” button_text=”WhatsApp Us!” button_url=”https://api.whatsapp.com/send?phone=60132602878&text=pintar%20niaga” target=”_blank” button_align=”center”]Pelbagai Panduan Bisnes Untuk Berjaya

[/rara_call_to_action]

Visit-Our-Website

 

Posted on 2 Comments

2 thoughts on “Tips Berjaya Dalam Bisnes

    1. Buku Pintar Niaga karya saya ada dijual di DBP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *