Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad

maskama-banner

Saya sering menerima pertanyaan melalui WhatsApp daripada newbies dan usahawan berkenaan dengan penubuhan syarikat sendirian berhad disamping mencadangkan entiti perniagaan yang sesuai untuk mereka.

Ramai usahawan tertanya-tanya perlukah mereka menubuhkan syarikat sendirian berhad?

Saya berikan beberapa tips kenapa seseorang itu perlu menubuhkan syarikat seperti di bawah. 

 

Hadiah Berikut Menanti Anda!

harga-syarikat

Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia: Milikan Tunggal, Perkongsian dan PLT

Buku “Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia” ditulis bagi mencapai tiga objektif utama.

Pertama; memberi kefahaman yang tuntas buat warga usahawan muda yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Kedua; mendedahkan kepada usahawan aspek keperluan pematuhan undang-undang dan peraturan entiti perniagaan yang berbeza.

Ketiga; membincangkan aspek-aspek cukai, fleksibiliti dan kesesuaian entiti perniagaan yang dipilih dengan perniagaan yang dimiliki.

Saya selitkan bersama elemen-elemen pengukuhan berdasarkan hands on experience selama lebih tiga puluh tahun dalam bidang pengurusan perniagaan bersama dengan pelanggan.  Buku ini ditulis berdasarkan prinsip 3P; yakni, Pengetahuan, Pengalaman dan Praktis saya selama lebih tiga puluh tahun dalam bidang ini bersama dengan lebih 1,000 orang pelanggan yang terdiri daripada syarikat PKS suatu ketika dahulu.

Golongan pengamal profesional seperti doktor perubatan, akitek, jurutera, peguam dan lain-lain boleh memanfaatkan buku ini dalam memilih suatu entiti perniagaan yang sesuai untuk mereka. Perbandingan parameter terpenting seperti liabiliti, personaliti undang-undang yang berasingan, kos-kos pematuhan, pemilikan aset atas nama perniagaan dan hayat perniagaan dibincangkan bagi memilih suatu entiti perniagaan yang optimum. Usahawan juga diberikan fleksibiliti untuk menukarkan status entiti perniagaan mereka daripada perkongsian konvensional kepada PLT atau daripada syarikat kepada PLT.

Setiap entiti perniagaan mempunyai struktur cukai yang berbeza. Buku ini juga menyentuh bagaimana entiti perniagaan yang berbeza dikenakan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pemilihan entiti perniagaan juga tertakluk kepada faktor tanggungan cukai oleh pemilik, pekongsi atau pengarah syarikat.  Misalnya, PLT dan syarikat mengenakan kadar cukai yang tinggi berbanding dengan milikan tunggal dan pekongsi firma perkongsian.

Kami juga menawarkan sesi perundingan penubuhan syarikat sendirian berhad bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Belajar Daripada Kegagalan Bisnes: Resepi Untuk Berjaya

E-Book Belajar Daripada Kegagalan Bisnes – Resepi Untuk Berjaya merupakan suatu karya yang berasaskan Learning Through Real Life Experience. Penulis menggarapkan pengalaman beliau selama 35- tahun dalam bisnes bersama-sama dengan lebih 1,000 usahawan SME yang terdiri daripada syarikat, milikan tunggal dan perkongsian.

eBook ini dibahagikan kepada empat bahagian dan disusun mengikut urutan. Faktor kegagalan bisnes dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu; Disebabkan Faktor Luaran, Faktor Dalaman dan Diri Sendiri. Bahagian IV membincangkan perkara-perkara asas yang perlu dimiliki oleh usahawan.

Di samping itu, usahawan dibekalkan dengan 13-langkah berwaspada bagi mengharmoni dan melestarikan lagi bisnes mereka.

Usahawan juga boleh menggunakan eBook ini sebagai suatu alat penambahbaikan bisnes mereka. Dalam erti kata lain, mengubuahsuai model perniagaan sedia ada supaya lebih lestari dan berdaya saing.

Pihak kami menawarkan perkhidmatan penubuhan syarikat sendirian berhad dan pengurusan perniagaan yang lain.

Hubungi Kami Sekarang

Penubuhan Syarikat RM2,500.00

Percuma satu buku Memahami Entiti Perniagaan Di Malaysia dan satu E-Book (versi PDF) bertajuk Belajar Daripada Kegagalan Bisnes - Resepi Untuk Berjaya. Hubungi kami sekarang, klik butang di bawah.
Posted on Leave a comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *